Pages

Friday, January 28, 2011

Kolam terbiar punca pelajar SMK Seri Sepang dirasuk? :O




SEPANG 25 Jan. - Beberapa siri serangan histeria yang dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi dekat sini mencetuskan kebimbangan dan ketakutan di kalangan pelajar dan guru sekolah terbabit.

Dikatakan kewujudan sebuah kolam terbiar dalam kawasan sekolah yang telah ditimbus kira-kira dua tahun lepas sebagai punca berlakunya dua kes kerasukan berturut-turut melibatkan pelajar.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah itu tengah hari ini menemui seorang pelajar perempuan tingkatan satu sesi petang yang tiba-tiba menangis kerana takutkan sesuatu.

Dia mendakwa melihat kelibat mengerikan sedang berlegar-legar di kawasan sekolah tersebut.

Seorang guru di sekolah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku malah sejak akhir-akhir ini semakin kerap terjadi hingga terdapat kejadian pelajar perempuan yang cuba membunuh diri.

Menurutnya, pelajar perempuan yang kerasukan itu meracau dan menghemburkan kata-kata kesat serta menuduh salah seorang pelajar sekolah itu memijak dan membunuh anaknya.

"Kejadian pada Jumaat lepas berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga tiba-tiba berlari dan memanjat bangunan sekolah serta cuba melompat dari tingkat tiga sebelum berjaya dipujuk dan diselamatkan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

"Tetapi kejadian yang berlaku pagi Jumaat itu tidak berhenti di situ saja. Semalam sahaja, seramai 10 pelajar sesi petang sekolah ini pula telah dirasuk hingga menyebabkan waktu tamat sesi persekolahan terpaksa diawalkan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk," katanya.

Tambahnya, pihak sekolah juga telah berusaha untuk menghalau makhluk halus terbabit dengan memanggil beberapa pengamal perubatan Islam dan alternatif.

Namun sehingga petang ini masih belum terdapat tanda-tanda positif.

"Kami sudah memanggil beberapa orang yang mahir untuk menghalau makhluk halus ini tapi sampai sekarang belum ada tanda-tanda berjaya.

"Tetapi apa yang dimaklumkan kepada kami ialah tempat ini memang kawasan 'mereka', jadi memang tidak boleh dibuat apa-apa," ujarnya.

Sementara itu, pengetua sekolah, Faridah Che Hussein enggan memberi komen tentang kejadian itu dan meminta isu tersebut diulas oleh Pengarah Pelajaran.

Artikel ini dipetik dari : Utusan Malaysia Online

*PEKARA DI ATAS HANYA ARTIKEL YANG DIPETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN BLOG MR.AIMAN FARHAN DAN ARTIKEL YANG DIBUAT DARIPADA BLOG INI ! HARAP MAKLUM ! TRIMAS !

p/s: Kolam Terbiar jadi punca ? Mungkin ? Siapa tahu ? Masalahnya sekarang disini kolam tu berdekatan sahaja dengan kelas aku 4 bijaksana.. serammmnye~ Smiley

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...