Pages

Showing posts with label Diriku. Show all posts
Showing posts with label Diriku. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Prologue 2


Assalammualaikum,




Kisah kesambungan dari Prologue 1 ke Prologue 2,

Aku masih tertanya-tanya siapakah nama Si Dia. Sekian lama bersekolah hampir 2 bulan aku hanya berdiam diri tanpa menanyakan member2 ku nama Si Dia. Aku hanya melihat bidadari ku dari jauh. Mungkin aku tidak sempurna, mungkin aku tak dapat penuhi permintaan Si Dia. Maafkan aku ~

3 Bulan Berlalu...

Pada bulan march, aku memasuki Asrama di sekolahku. Asrama sekolahku merupakan asrama baru. Baru tahun ni aku mendudukinya, kiranya aku ni first batchlah. Memang aku excited gile sebab dapat masuk asrama. Sebab bebas dari rumah ! :D Hari pertama aku kat asrama, semua pelajar asrama ade taklimat and petang tu kiteorang kemas dorm2 masing bagi bersih. Maghrib, kiteorang semua ada baca yassin and solat hajat bersama ibubapa. Malam tu adalah malam first night aku tidur kat asrama. Memang best. Tp ade lagi yang best, setelah sekian lama aku duduk kat asrama, Si Dia pon masuk asrama. Dalam hati aku dah pasang niat boleh lah aku berkenalan dengan Si Dia slow2. Berkawan lepastu BestFriend lepastu Ehem2.. Setiap hari aku melihatnya di asrama. Waktu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, dan juga minum malam. Betapa gembiranya aku dapat melihatnya setiap hari.


Seperti biasa aku akan bangun pagi seawal 5.30a.m, siap sedia untuk solat subuh dan ke sekolah pada pukul 7.00a.m. Selepas sarapan pagi aku terus cabut ke sekolah. Kelihatan Si Dia rapat dengan salah seorang member kelasku yang bernama S*******. S******* juga merupakan pelajar asrama, Si Dia dan S******* selalu ke sekolah bersama-sama. Mungkin juga mereka berkawan baik. Hatikunya hanya berbisik " Peluang kau semakin cerah aiman ". Aku mula menyusun strategi untuk memikat hati si dia. Pertama sekali aku perlu tanya pada S******* ( member kelasku) nama Si Dia ? Semua maklumat tentang Si Dia ? Tinggal dimana ? Nombor telefonnya ? tapi yang paling penting masih Single atau berpunya ? Kadang-kadang sebelumku tidur aku sentiasa berangan ~ dapat hidup bersama dia, makan malam di France bersama dia. Lawak juga mendengarnya. memang patut diriku digelar SYOK Sendiri ! Diriku bukanlah contoh yang baik untuk semua. huhu ~

Harinya pon tiba untuk aku tanya pada S******* tentang Si Dia...
Pagi-pagi waktu dalam kelas...
Aku : Wei S******* .. Kau kenal tak budak baru yang dari kelas 4 ******** ?
S******* : Yang mane ?
Aku : alahh yang selalu dengan kau tu lerr..
S******* : Ouhhhh... ********* ke ?

Saat tu baru aku tau nama Si Dia siapa ? nama Si Dia secantik wajahnya.. :)

Aku : Yer lahh kot.. Yang putih2 macam orang Arab tu..
S******* : yer lahh... npe kau tnye ?
Aku : Takderlah... aku tgk dia senyap semacam je..
S******* : Memanglah diakan budak baru...
Aku : Wei.. Sebelum ni dia tinggal kat mana ?
S******* : ******... kau ni tanya macam-macam kat aku.. kau minat dia ek ?
Aku : Aikk... aku tanya je la.. tu pon salah ke ?
S******* : Manalah tau kot2 kau suka dia ?
Aku : Aku tanya kau sebab kau mcm rapat dengan dia..
S******* : Kiteorang member baik...
Aku : Ouhhh...

Lalu aku beredar dari situ.. duduk bersama memberku izzati amalina, ema, dan raihana untuk borak2 kosong.. selang 3 minit aku akan melihat bangunan sebelah kerana kelas Si Dia terletak bersebelahan dengan bangunan kelasku.. Aku akan pastikan dia selamat.. Memang betul kata memberku dari kelas Si Dia.. Si Dia memang seorang yang pendiam dan tidak melayan lelaki. Macamana aku nak menegurnya kalau Si Dia tidak melayan lelaki apatah diriku ini yang serba kekurangan?

To Be Continue... Prologue 3

P/s: Kalau kau gembira, senyumlah. Kerana melihat kau gembira.. sudah cukup untuk membuat aku turut gembira.


Sunday, June 26, 2011

Prologue 1

Assalammualaikum,


Hari aku nak cerita kisah lama tentang seorang gadis yang amat memikat hati aku. Sampai sekarang aku masih mencuba nasib untuk mendapatkan si dia. Tetapi sia-sia sahaja. Kisahnya Bermula...


Nama aku aiman farhan . Aku belajar di SMK Seri Sepang yang berada di tingkatan 4. Aku seorang pelajar Sains Tulen. Boleh dikatakan diriku ni pandai juga kerana mengambil aliran Sains Tulen. Tetapi rupa aku tidak menarik, ataupun mungkin biasa-biasa sahaja kerana aku seorang obesiti ataupun gemuk. Disebabkan itu aku tidak pernah bercinta, kalau bercinta pon main-main saje.

3 Januari 2011, hari pertama persekolahanku bermula. Sebagai pelajar Tingkatan 4 ataupun senior merupakan tahun baru paling BEST untukku menunutut ilmu di sekolah. Persekolah pon bermula dengan suasana meriah serta kawan-kawan baru yang masuk. Kelasku merupakan kelas Sains Tulen ang diberi nama 4 Bijaksana. Sekolahku mempunyai dua kelas Sains Tulen iaitu kelas ' Arif ' dan ' Bijaksana '. Guru kelasku bernama Cikgu Liza Farahani, yang merupakan guru Fizikku. Orangnya kecil dan ayu serta sporting. Kelasku terdiri daripada 31 orang murid.


Hari itu semua pelajar menyiapkan diri dan membiasakan diri di SMK Seri Sepang sekian lama bercuti begitu juga denganku. Aku duduk bersebelahan dengan memberku yang ku kenal sejak tingkatan 1. Nama dia al-Fakhri. Kami berborak kosong sepanjang hari. Apabila tiba waktu rehat, aku rehat bersama memberku al-fakhri dan member baik ku Faiz Yudin. Di saat itu kali pertama aku terpandang wajahnya. Wajahnya yang sungguh jelita, kulitnya yang putih, serta kayuannya yang ku terpegun. Aku hanya melihatnya dari jauh. Aku perasan Si dia hanya senyap sahaja kerana dia murid baru yang baru sahaja berpindah dari ****** . Hatiku mula berdegup dengan kencang dan aku tercengang buat seketika apabila memandang wajahnya.

Aku cuba bertanya kepada member2ku. Tetapi tiada seseorang pon yang mengenali si dia. AKu tetap berusaha, habis masa sehari bertanyakkan pada member kelasku. Tapi tiada seseorang pon mengenali si dia. Keesokkan harinya, pada waktu rehat aku mengikuti Si Dia degan keadaan senyap supaya dia tidak terperasan kehadiranku. YEAH! Aku mendapat sikit maklumat yang dia merupakan pelajar kelas 4 ******** . Tetapi nama si dia aku masih belum tahu.


Tunggu Sambungannya di Prologue 2


P/s : Mencintaimu Sebahagian Daripada Hidupku ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...