Pages

Sunday, June 26, 2011

Prologue 1

Assalammualaikum,


Hari aku nak cerita kisah lama tentang seorang gadis yang amat memikat hati aku. Sampai sekarang aku masih mencuba nasib untuk mendapatkan si dia. Tetapi sia-sia sahaja. Kisahnya Bermula...


Nama aku aiman farhan . Aku belajar di SMK Seri Sepang yang berada di tingkatan 4. Aku seorang pelajar Sains Tulen. Boleh dikatakan diriku ni pandai juga kerana mengambil aliran Sains Tulen. Tetapi rupa aku tidak menarik, ataupun mungkin biasa-biasa sahaja kerana aku seorang obesiti ataupun gemuk. Disebabkan itu aku tidak pernah bercinta, kalau bercinta pon main-main saje.

3 Januari 2011, hari pertama persekolahanku bermula. Sebagai pelajar Tingkatan 4 ataupun senior merupakan tahun baru paling BEST untukku menunutut ilmu di sekolah. Persekolah pon bermula dengan suasana meriah serta kawan-kawan baru yang masuk. Kelasku merupakan kelas Sains Tulen ang diberi nama 4 Bijaksana. Sekolahku mempunyai dua kelas Sains Tulen iaitu kelas ' Arif ' dan ' Bijaksana '. Guru kelasku bernama Cikgu Liza Farahani, yang merupakan guru Fizikku. Orangnya kecil dan ayu serta sporting. Kelasku terdiri daripada 31 orang murid.


Hari itu semua pelajar menyiapkan diri dan membiasakan diri di SMK Seri Sepang sekian lama bercuti begitu juga denganku. Aku duduk bersebelahan dengan memberku yang ku kenal sejak tingkatan 1. Nama dia al-Fakhri. Kami berborak kosong sepanjang hari. Apabila tiba waktu rehat, aku rehat bersama memberku al-fakhri dan member baik ku Faiz Yudin. Di saat itu kali pertama aku terpandang wajahnya. Wajahnya yang sungguh jelita, kulitnya yang putih, serta kayuannya yang ku terpegun. Aku hanya melihatnya dari jauh. Aku perasan Si dia hanya senyap sahaja kerana dia murid baru yang baru sahaja berpindah dari ****** . Hatiku mula berdegup dengan kencang dan aku tercengang buat seketika apabila memandang wajahnya.

Aku cuba bertanya kepada member2ku. Tetapi tiada seseorang pon yang mengenali si dia. AKu tetap berusaha, habis masa sehari bertanyakkan pada member kelasku. Tapi tiada seseorang pon mengenali si dia. Keesokkan harinya, pada waktu rehat aku mengikuti Si Dia degan keadaan senyap supaya dia tidak terperasan kehadiranku. YEAH! Aku mendapat sikit maklumat yang dia merupakan pelajar kelas 4 ******** . Tetapi nama si dia aku masih belum tahu.


Tunggu Sambungannya di Prologue 2


P/s : Mencintaimu Sebahagian Daripada Hidupku ~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...