SALAK TINGGI: Raungan kira-kira 20 pelajar yang dikaitkan dengan histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang (SMKSS), di sini, sejak Jumaat lalu, dikatakan berpunca gangguan lembaga misteri berwajah hodoh yang mencari anaknya yang dikatakan dipijak seorang pelajar di sekolah berkenaan.
Malah, kebanyakan pelajar yang diserang histeria dipercayai disampuk sebaik saja melalui kawasan yang pernah dijadikan kolam ikan sebelum kawasan itu dibaik pulih sebagai tempat pelajar berehat.
Petang kelmarin dan semalam, seramai 12 lagi pelajar tingkatan satu dan dua yang sedang belajar, tiba-tiba menjerit dan meraung apabila merenung ke kawasan kolam berkenaan sebelum sesi pembelajaran ditamatkan.
Berikutan kejadian itu, pihak sekolah mengarahkan pelajar balik awal dari sekolah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Sementara itu, seorang pelajar wanita yang enggan dikenali ketika ditemui di sekolah terbabit, berkata rakannya yang diserang histeria mendakwa dipanggil seorang pelajar lelaki yang tidak dikenali kononnya bagi menemui seorang ustaz di kelas berhampiran kolam itu.
Bagaimanapun, katanya, rakan terbabit pergi ke kelas berkenaan bagi menemui ustaz berkenaan, tetapi tidak ada sesiapa di kelas itu.
“Rakan saya itu tidak menemui sesiapa tetapi terkejut apabila melihat kepala lembaga berwajah amat buruk sedang merenung tajam ke arahnya sebelum rebah. “Dia kemudian dibantu pelajar lain yang kebetulan berada di kawasan berkenaan dan dibawa ke bilik rawatan sebelum dipulihkan seorang ustazah,” katanya.
Pengetua sekolah, Faridah Che Hussin yang ditemui enggan mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan dan bertegas hanya Pengarah Pelajaran negeri dan Ketua Pengarah Pelajaran saja yang boleh memberikan kenyataan berkaitan isu berkenaan.
Maklumat ini dipetik dari : myMetro Online
p/s: Maklumat diatas hanya dipetik daripada mymetro ! aku disini hanya mengopy dan mengepaste sahaja.. :D Tapi aku tak sangka SMKSS seramai tuh kene sampuk.. pada hari ni.. 26.01.2011 ! Sesi petang lak kene sampuk ! Lebih 20 orang aku rasa.. wajarkah sekolah ditutup untuk soal siasat dengan lebih lanjut ?
No comments:
Post a Comment