Pages

Monday, January 24, 2011

Kenapa lambat balas SMS ?

Persoalan di atas tentang mengapa lambat membalas SMS lambat? Kebanyakkan memberi jawapan seperti yang aku nyatakan kat sini... Maka tak perlu la nak menunjukkan pelbagai reaksi kerana hanya menambahkan masalah.




1. Baru Belajar Guna Henpon

Ye tak ye jugak, kalau korang memang first time guna henpon, memang jugak akan terkial-kial untuk bukak SMS yang diterima apatah lagi nak membalas.


2. Faktor Umur

Kalau dah tau orang yang kau SMS tu orang tua, tak payah la nak tanya khabar banyak-banyak guna henpon. Orang tua matanya makin rabun, hurf kat pad tu dah la halus-halus benar, nak cari huruf kompom teraba-raba. Kan lebih baik korang telefon aje.


3. Kedekut Kredit

Kalau korng dah hantar sampai lima mesej dan pembalasnya membalas kelima-lima mesej korang tadi dalam satu mesej itu bermakna die seorang yang kedekut kredit.


4. Tengah Drive

Mungkin juga kawan tu tengah drive, jadi mana sempat nak balas. Paling cepat pun kalau dia berhenti di traffic light atau di tepi jalan.


5. Tidur

Ntah masa korang SMS tu, penerima tengah tidur. Tidur pulak tidur tahap mati, mana nak dengar. Jadi tak usah la nak susuli dengan SMS yang macam-macam yang boleh merosakkan keadaan. Kacau orang tido je. Kozhhh Kozzhhh..


6. Line Tak CLEAR

Line tak clear ni bukan hanya sebab gangguan line henpon tapi juga lokasi penerima berada tu tak sesuai seperti dalam majlis ilmu, kenduri, meeting dan lain-lain yang lebih penting diutamakan perhatian dari menjawab SMS.


p/s : Macam-macam kes ? Teknolgi sekarang makin menganas.. Aku tengok budak zaman sekarang ni kat mana-mana pon mesej.. Dalam tandas pon jadi.. :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...